Monday, November 30, 2009

Dari Blog Ketua Pemuda PAS Pusat
Sunday, 29 November 2009

Takutlah Doa Mangsa Kezaliman

1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .
2. Sabda Rasulullah saw :اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب
[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]ibnu Hibban
3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .
4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :
فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون
[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]
5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .
6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi .
[ الدعاء سلاح المؤمن ]
7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :
اللهم عليك بقريش
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]
8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :
اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .
Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .Sirah Ibnu Ishaq.9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :
Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .
Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .
10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 12:06

Saturday, November 21, 2009

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Lagi gelagat anak-anak PASTI

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Pengerusi majlis yang juga merupakan tenaga pengajar PASTI, Pn. Zarina Abd Hamid, sedang mengendalikan majlis Ihtifal

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Murid-murid PASTI sedang membuat persembahan

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Ucapan aluan oleh Wan Abd Rahman Wan Ahmad, Pengurus PASTI An Nur Lubuk Sireh

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Suasana di dalam dewan Markaz MTD

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Ucapan perasmian oleh Ustaz Mohd Iqbal, Timbalan Pengarah PASTI Negeri Perlis. Majlis diadakan di Markaz MTD Titi Tinggi, Jln. Kaki Bukit pada 21 November 2009 bermula jam 8.30 pagi - 1.30 tengahari

Monday, November 16, 2009

Keputusan Perbicaraan DUN Kota Siputeh


Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh
Nov 16, 09 6:32pm

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut. Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.
Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.
Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

Saturday, November 14, 2009

Resolusi Seminar Politik Memperkasakan PAS

Seminar Politik Memperkasakan PAS menyedari dan memahami bahawa:
1.PAS dan Pakatan telah melepasi ujian setahun setengah mengurus pemerintahan empat buah negeri dalam penggal parlimen ke-12 ini. Baik buruk,kejayaan-kegagalan negeri-negeri Pakatan ini telah mula mendapat perhatian umum. Pengiktirafan kejayaan telahpun diiktiraf seperti Laporan Ketua Audit Negara 2008.
2.PAS dan Pakatan mutakhir ini terperangkap dalam kemelt-kemelut yang merosakkan imej dan tanggapan umum terhadap kredibiliti dan kesepaduan muafakat politik ini. Benar media BN jahat memainkan isu-isu ini, tetapi PAS/Pakatan wajar menginsafi bahawa punca sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan pihak lain, sebab kita juga bertanggungjawab.
3.PAS dan Pakatan sangat-sangat berhajatkan untuk terus memperbaiki "persepsi" rakyat dan pengundi bahawa muafakat politik pakatan adalah mantap dan matang, bersedia memikul tugasan menjadi pemerintahan di peringkat persekutuan bagi membawa negara ini ke garis prestasi yang lebih berdaya saing, makmur dan sejahtera. Keutuhan dan kemantapan ukhuwwah dalam saf yang menjadi aset dan anasir kekuatan utama dalam jemaah dan parti telah sedikit terjejas dalam pergolakan mutakhir ini.
Seminar Politik Memperkasakan Parti dengan ini merakamkan bahawa:
1.Peri pentingnya PAS menyerlahkan keupayaan satu kepimpinan parti yang bijak, kompeten dan matang dalam mengurus perbedaan dalam parti, semangat musyawarah melalui mekanisme parti secara berkesan
2.Pimpinan tertinggi parti wajar melaksanakan tugasan utama pimpinan sebagai "ta alluf al-qulub" yakni mempertautkan ahli-ahli dalam saf yang kukuh.
3.PAS wajar mengingatkan kepada kepimpinan negeri yang memerintah kerajaan negeri, ahli-ahli EXCOnya yang menganggotai kerajaan-kerajaan negeri Pakatan yang lain supaya sentiasa memelihara semangat muafakat politik Pakatan dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh dipersepsikan sebagai menjejaskan dan memudaratkan keutuhan kerajaan negeri.
4.PAS wajar mempertegaskan kepada semua peringkat keahlian dan kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi bahawa telah dikunci (dengan ketat) segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda 'kerajaan perpaduan'
Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan pimpinan tertinggi parti lima resolusi untuk:
1.Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk menghadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasan serta semangat setiakawan yang tinggi.
2.Kepimpinanan kawasan yang memiliki penduduk-pengundi bukan-Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif mengaktifkan kelab-kelab penyokong PAS di kawasan masing-masing.
3.Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan penyelidikan, kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti dan cawangan di seluruh negara.
4.Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa' dengan KPI nya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit Amal dengan mempraktikkan modul yang telah sedia ada.
5. Membuat satu 'Plan Tindakan' bagi menghadapu PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada dalam kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu 'Roadshow Nasional' bagi menerangkan tema 'PAS For All' atau 'PAS Untuk Semua' bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.
Resolusi Seminar Memperkasakan Parti
7 Novenber 2009, 19 Zulkaedah 1430H

IBADAH KORBAN AIDIL ADHA 2009 MTD TITI TINGGI

Pengarah MTD dan seluruh jawatankuasa mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.


Aturcara solat sunat dan ibadah korban MTD Titi Tinggi
Solat sunat Aidil Adha: Markaz MTD Kg. Aman, Kaki Bukit bermula jam 8.00 pagi
Ibadah Korban:
Hari raya pertama, 2 ekor lembu. Agihan daging kepada fakir miskin dan jamuan akan turut diadakan
Hari raya kedua, 3 ekor lembu. Agihan daging korban kepada fakir miskin dan jamuan akan turut diadakan

KONVOKESYEN PASTI


Suasana di dalam Balai Islam MADI, Kg. Jejawi Dalam semasa majlis berlangsung

KONVOKESYEN PASTI


Pengorbanan guru....

KONVOKESYEN PASTI


Murid-murid PASTI An Nur, Lubuk Sireh sedang membuat persembahan nasyid

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI PADANG BESAR DAN KANGAR 2009


Tenaga pengajar Pasti An Nur, Lubuk Sireh bergambar bersama murid-murid selepas majlis konvokesyen yang di adakakan di MADI, pada 14.11.2009, bermula jam 8.00 pagi - 12.00 tengahari.

Thursday, November 12, 2009

Bahana Arak; Bangkitlah Wahai Umat Islam!


DARIPADA : DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN(PENDANG)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 11.11.2009
SOALAN NO : 38
Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman ( Pendang ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah orang-orang Islam yang terlibat sebagai Pengarah syarikat berkaitan arak dan judi di dalam Negara Malaysia.
JAWAPAN :
Tuan Yang di Pertua,Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 117 orang Pengarah syarikat berkaitan arak yang beragama Islam dan tiada orang-orang Islam yang terlibat sebagai pengarah syarikat judi di Negara ini.Itulah jawapan yang ana dapat pada hari ini , amboi mak ah ,sampai 117 orang yang jadi pengarah syarikat arak yang telah jelas termaktub dalam al Quran akan haramnya dan jelas kalau dah haram tu, maka benar dan sesuailah bila kita lihat hadis nabi menyatakan bahawa setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka api neraka adalah lebih aula lagi baginya.Itulah agaknya bila kita nak kawal pasal arak ni, heboh seluruh pelusuk alam bising hal ini kerana bukan sahaja yang bukan Islam, tetapi yang mengaku Islam pun tumpang cari rezeki dalam kilang tu.Itu dikalangan yang jadi pengarah, tetapi yang jadi pekerja tentulah lebih ramai lagi agaknya. Sampai dulu pada satu ketika pernah ana dengar ada persatuan Islam didalam kilang arak yang menjemput ceramah agama didalam kilang arak ini daripada seorang penceramah terkenal tanah air .

:: Balik Semula ::
checkFull("post-" + "6944482880463771169");

ADMIN - KedahLaNie TIME - 1:37 PM 0 Komen Anda
Labels:

Thursday, November 5, 2009

PENDAFTARAN PASTI

Pasti An Nur Felcra Lubuk Sireh

Tempoh Pendaftaran: November 2009 - Januari 2010

Umur : 4 - 6 Tahun

Yuran bulanan : RM 22.00

Perkhidmatan Lain : Pusat Asuhan Kanak-kanak

Umur : 2 bulan dan keatas

Bayaran : RM 120.00 @ mengikut usia kanak-kanak

Maklumat lanjut, sila hubungi:

1.Pengarah MTD : 0124391840 (Mohd Razi Mustaffa)
2.Hadir/daftar terus kepada petugas pasti An Nur