Saturday, December 19, 2009

19 December 2009

Muafakat baru untuk Malaysia


Berikut adalah kandungan muafakat rakyat.Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijaksanaan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan "demokrasi otoritarian". Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tergelincir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campurtangan politik dan kepentingan perniagaan.
Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.Malah kami yakin, kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil, terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yan ghanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golonga miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.
Berdasarkan latar belakang ini kami mengaja rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.1. Demokrasi Telus dan Tulena. Negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undangPerlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan:
1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-manaantara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan.
3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalin serta melanggar hak asasi.
6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Thursday, December 17, 2009

Interaksi Dengan Non Muslim: Beberapa Pendekatan Strategik

1.Menanam niat untuk berdakah kepada mereka
2.Mengajak mereka berbincang mengenai agama
3.Menghargai kebaikan
4.Menjawab atau membalas salam dengan baik
5.Membudayakan ucapan yang baik
6.Menghadiri majlis atau program kemasyarakatan yang tidak berkaitan dengan agama mereka
7.Mengajak menghadiri program keislaman
8.Menghuraikan dengan jelas makna bacaan al-Quran
9.Mengedar bahan ilmiah berkenaan agama Islam
10.Berbuat adil dan kebaikan terhadap non muslim
11.Mengasihani mereka dengan rohani insaniah
12.Menunjukkan kemuliaan dan akhlak muslim dan Islam
13.Tidak mengakui kekufuran mereka
14.Tidak berbuat zalim
15.Tiada halangan bermuamalat
16.Berbuat baik terhadap jiran non muslim
[Mohammad Nizam Abd. Kadir (2009), Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim, Kuala Lumpur:Telaga Biru)

Tuesday, December 1, 2009


1. Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam [ Harakah Islamiyyah ] yang mengambil pendekatan menyertai pilihanraya sebagai sebuah parti politik yang berdaftar .

2. Politik adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangan Islam yang wajib dilunas sebaik mungkin . Ianya menjadi alat atau wasilah untuk mendapatkan kuasa bagi mendaulatkan syariat Islam sebagai satu perundangan atau peraturan yang adil , telus , saksama dan bestari .

3. Namun begitu menang dan kuasa hanyalah wasilah perjuangan bagi mencapai matlamatnya iaitu redha Allah swt . [ الله غايتنا ] . Mutaakhir ini saya lihat ada beberapa perkara yang memerlukan allignment dan balancing di dalam PAS agar perjalanan atau pergerakkan PAS menuju destinasi [ matlamat ] tidak makan sebelah dan bergegar sepanjang jalan .

4. Ucapan dasar Presiden PAS telah menegaskan bahawa PAS mesti bergerak seimbang [ tidak makan sebelah ] dan tenang [ tidak bergegar ] dengan 3 fungsi utamanya iaitu :
a] Harakatut Tarbiyyah ,b] Harakatud Dakwah danc] Harakatus Siyasiah .

5. Pada pengamatan saya , kini ramai [ sebahagian ] pimpinan dan anggota PAS agak berlebihan dalam menumpukan gerakkerja politik [ harakatus siyasiah ] sementara sangat tidak mengambil berat terhadap gerakkerja tarbiyyah . Mereka sanggup bersengkang mata untuk memastikan kemenangan kerusi mereka bahkan sanggup jua bertegang leher sesama sendiri demi sebuah strategi politik . Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihanraya sehingga mengorbankan sahabat seperjuangan dalam PAS .

6. Amal tarbawi seperti tiada lagi tempat dan ruang . Ukhuwwah sesama pimpinan dan anggota parti dilihat sinis . Mudah bertengkar dan bermasam muka . Sering dipengaruhi rasa curiga antara satu sama lain . Memandang sahabat seperjuangan seperti musuh yang dilapah dan disiat seluruh maruah dan aibnya di dada akhbar dan blog . Sukar bertolak ansur sebaliknya mudah bersengketa . Berbicara sesama sendiri seperti bicara dengan musuh .

7. Bukan sahaja parti bergerak secara tidak seimbang [ makan sebelah ] tetapi juga tidak tenang [ bergegar ] sepanjang jalan . Suara luar boleh masuk dan mempengaruhi sebahagian pimpinan PAS dengan mudah . Tahap thiqah [ kepercayaan ] kepada pucuk pimpinan parti semakin berkurangan . Budaya menghentam pimpinan secara terbuka semakin menjadi trend . Rahsia parti dan minit mesyuarat dibongkar tanpa rasa bersalah . Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri .

8. Saya lihat perlunya kedudukan dan perjalanan parti kita ditimbang dan dibetulkan semula . Semua pihak sewajarnya ambil peranan ini dengan penuh insaf dan sedar . Kembalikan izzah berjamaah dengan semarak amal tarbawi . Bina semula wehdatul fikri dan wehdatul amal . Jaga kerahsiaan jamaah dengan mengenal pasti apa yang patut rahsia dan apa yang patut dedah . Fikrah Islam mesti jelas ! jangan biarkan ia kabur disebalik jerebu kemenangan .

9. Semua pihak mesti merendahkan sayap . Kembalikan suasana lazat dan seronok bekerja dalam jamaah . Pastikan berjuang untuk menambah pahala bukan berjuang untuk memperbanyakkan dosa dek kerana fitnah dan pertelingkahan sesama sendiri . Berlapang dada dan bersedia untuk dinasihati dan ditegur . Hidupkan semula amal tarbawi biarpun dengan gaya moden atau paling tidak , kekalkan warisan tradisi yang soleh seperti usrah , tamrin qiadi , mukhayyam tarbawi , liqa fikri , ijtima' tarbawi dan lain - lain .

10. Perkukuhkan parti kita [ PAS ] sebelum kita nak perkukuhkan parti orang lain . Fokus pada potfolio yang diamanahkan kepada kita . Usahlah kita ambil kerja orang lain atau dalam bahasa lain menggali tanah kebun orang lain . Menuding dan menilai kerja orang lain bagaikan nak rak tetapi malang kerja sendiri entah kemana failnya . Pada masa yang sama , perkasakan amal tarbawi . Jangan culas untuk hadhir program yang membina diri , aqidah dan fikrah . Usah berlagak pandai dan bijak . Rendahkan sayap demi amal jamaei . Kurangkan alasan atau jangan banyak sangat bermain alasan untuk tidak melibatkan diri dengan program amal tarbawi , kerana kelak menjadikan kita tidak seimbang [ makan sebelah ] .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi

Monday, November 30, 2009

Dari Blog Ketua Pemuda PAS Pusat
Sunday, 29 November 2009

Takutlah Doa Mangsa Kezaliman

1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .
2. Sabda Rasulullah saw :اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب
[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]ibnu Hibban
3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .
4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :
فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون
[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]
5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .
6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi .
[ الدعاء سلاح المؤمن ]
7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :
اللهم عليك بقريش
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]
8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :
اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .
Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .Sirah Ibnu Ishaq.9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :
Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .
Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .
10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 12:06

Saturday, November 21, 2009

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Lagi gelagat anak-anak PASTI

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Pengerusi majlis yang juga merupakan tenaga pengajar PASTI, Pn. Zarina Abd Hamid, sedang mengendalikan majlis Ihtifal

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Murid-murid PASTI sedang membuat persembahan

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Ucapan aluan oleh Wan Abd Rahman Wan Ahmad, Pengurus PASTI An Nur Lubuk Sireh

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Suasana di dalam dewan Markaz MTD

Majlis Ihtifal PASTI An Nur Lubuk Sireh 2009


Ucapan perasmian oleh Ustaz Mohd Iqbal, Timbalan Pengarah PASTI Negeri Perlis. Majlis diadakan di Markaz MTD Titi Tinggi, Jln. Kaki Bukit pada 21 November 2009 bermula jam 8.30 pagi - 1.30 tengahari

Monday, November 16, 2009

Keputusan Perbicaraan DUN Kota Siputeh


Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh
Nov 16, 09 6:32pm

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut. Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.
Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.
Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

Saturday, November 14, 2009

Resolusi Seminar Politik Memperkasakan PAS

Seminar Politik Memperkasakan PAS menyedari dan memahami bahawa:
1.PAS dan Pakatan telah melepasi ujian setahun setengah mengurus pemerintahan empat buah negeri dalam penggal parlimen ke-12 ini. Baik buruk,kejayaan-kegagalan negeri-negeri Pakatan ini telah mula mendapat perhatian umum. Pengiktirafan kejayaan telahpun diiktiraf seperti Laporan Ketua Audit Negara 2008.
2.PAS dan Pakatan mutakhir ini terperangkap dalam kemelt-kemelut yang merosakkan imej dan tanggapan umum terhadap kredibiliti dan kesepaduan muafakat politik ini. Benar media BN jahat memainkan isu-isu ini, tetapi PAS/Pakatan wajar menginsafi bahawa punca sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan pihak lain, sebab kita juga bertanggungjawab.
3.PAS dan Pakatan sangat-sangat berhajatkan untuk terus memperbaiki "persepsi" rakyat dan pengundi bahawa muafakat politik pakatan adalah mantap dan matang, bersedia memikul tugasan menjadi pemerintahan di peringkat persekutuan bagi membawa negara ini ke garis prestasi yang lebih berdaya saing, makmur dan sejahtera. Keutuhan dan kemantapan ukhuwwah dalam saf yang menjadi aset dan anasir kekuatan utama dalam jemaah dan parti telah sedikit terjejas dalam pergolakan mutakhir ini.
Seminar Politik Memperkasakan Parti dengan ini merakamkan bahawa:
1.Peri pentingnya PAS menyerlahkan keupayaan satu kepimpinan parti yang bijak, kompeten dan matang dalam mengurus perbedaan dalam parti, semangat musyawarah melalui mekanisme parti secara berkesan
2.Pimpinan tertinggi parti wajar melaksanakan tugasan utama pimpinan sebagai "ta alluf al-qulub" yakni mempertautkan ahli-ahli dalam saf yang kukuh.
3.PAS wajar mengingatkan kepada kepimpinan negeri yang memerintah kerajaan negeri, ahli-ahli EXCOnya yang menganggotai kerajaan-kerajaan negeri Pakatan yang lain supaya sentiasa memelihara semangat muafakat politik Pakatan dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh dipersepsikan sebagai menjejaskan dan memudaratkan keutuhan kerajaan negeri.
4.PAS wajar mempertegaskan kepada semua peringkat keahlian dan kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi bahawa telah dikunci (dengan ketat) segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda 'kerajaan perpaduan'
Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan pimpinan tertinggi parti lima resolusi untuk:
1.Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk menghadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasan serta semangat setiakawan yang tinggi.
2.Kepimpinanan kawasan yang memiliki penduduk-pengundi bukan-Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif mengaktifkan kelab-kelab penyokong PAS di kawasan masing-masing.
3.Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan penyelidikan, kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti dan cawangan di seluruh negara.
4.Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa' dengan KPI nya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit Amal dengan mempraktikkan modul yang telah sedia ada.
5. Membuat satu 'Plan Tindakan' bagi menghadapu PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada dalam kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu 'Roadshow Nasional' bagi menerangkan tema 'PAS For All' atau 'PAS Untuk Semua' bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.
Resolusi Seminar Memperkasakan Parti
7 Novenber 2009, 19 Zulkaedah 1430H

IBADAH KORBAN AIDIL ADHA 2009 MTD TITI TINGGI

Pengarah MTD dan seluruh jawatankuasa mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.


Aturcara solat sunat dan ibadah korban MTD Titi Tinggi
Solat sunat Aidil Adha: Markaz MTD Kg. Aman, Kaki Bukit bermula jam 8.00 pagi
Ibadah Korban:
Hari raya pertama, 2 ekor lembu. Agihan daging kepada fakir miskin dan jamuan akan turut diadakan
Hari raya kedua, 3 ekor lembu. Agihan daging korban kepada fakir miskin dan jamuan akan turut diadakan

KONVOKESYEN PASTI


Suasana di dalam Balai Islam MADI, Kg. Jejawi Dalam semasa majlis berlangsung

KONVOKESYEN PASTI


Pengorbanan guru....

KONVOKESYEN PASTI


Murid-murid PASTI An Nur, Lubuk Sireh sedang membuat persembahan nasyid

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI PADANG BESAR DAN KANGAR 2009


Tenaga pengajar Pasti An Nur, Lubuk Sireh bergambar bersama murid-murid selepas majlis konvokesyen yang di adakakan di MADI, pada 14.11.2009, bermula jam 8.00 pagi - 12.00 tengahari.

Thursday, November 12, 2009

Bahana Arak; Bangkitlah Wahai Umat Islam!


DARIPADA : DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN(PENDANG)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 11.11.2009
SOALAN NO : 38
Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman ( Pendang ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah orang-orang Islam yang terlibat sebagai Pengarah syarikat berkaitan arak dan judi di dalam Negara Malaysia.
JAWAPAN :
Tuan Yang di Pertua,Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 117 orang Pengarah syarikat berkaitan arak yang beragama Islam dan tiada orang-orang Islam yang terlibat sebagai pengarah syarikat judi di Negara ini.Itulah jawapan yang ana dapat pada hari ini , amboi mak ah ,sampai 117 orang yang jadi pengarah syarikat arak yang telah jelas termaktub dalam al Quran akan haramnya dan jelas kalau dah haram tu, maka benar dan sesuailah bila kita lihat hadis nabi menyatakan bahawa setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka api neraka adalah lebih aula lagi baginya.Itulah agaknya bila kita nak kawal pasal arak ni, heboh seluruh pelusuk alam bising hal ini kerana bukan sahaja yang bukan Islam, tetapi yang mengaku Islam pun tumpang cari rezeki dalam kilang tu.Itu dikalangan yang jadi pengarah, tetapi yang jadi pekerja tentulah lebih ramai lagi agaknya. Sampai dulu pada satu ketika pernah ana dengar ada persatuan Islam didalam kilang arak yang menjemput ceramah agama didalam kilang arak ini daripada seorang penceramah terkenal tanah air .

:: Balik Semula ::
checkFull("post-" + "6944482880463771169");

ADMIN - KedahLaNie TIME - 1:37 PM 0 Komen Anda
Labels:

Thursday, November 5, 2009

PENDAFTARAN PASTI

Pasti An Nur Felcra Lubuk Sireh

Tempoh Pendaftaran: November 2009 - Januari 2010

Umur : 4 - 6 Tahun

Yuran bulanan : RM 22.00

Perkhidmatan Lain : Pusat Asuhan Kanak-kanak

Umur : 2 bulan dan keatas

Bayaran : RM 120.00 @ mengikut usia kanak-kanak

Maklumat lanjut, sila hubungi:

1.Pengarah MTD : 0124391840 (Mohd Razi Mustaffa)
2.Hadir/daftar terus kepada petugas pasti An Nur

Wednesday, October 28, 2009

KORBAN DAN AKIKAH 2009

MTD DUN TITI TINGGI
PROGRAM KORBAN DAN AKIKAH 2009
HARGA 1 BAHAGIAN RM 350.00
BERMINAT SILA HUBUNGI
MOHAMAD RAZI B. MUSTAFFA
(PENGARAH MTD DUN TITI TINGGI)
TEL: 0124391840

Monday, October 26, 2009

Marilah bersama meneguhkan jamaah

Lihat diri kita, cari kelemahan kita, perbaiki keperibadian kita.Jadilah kita pendamai bukan pemecah, kukuhkan parti kita, dukungilah perlembagaan kita, rapatkan sof kita, jgn dilihat sedikit kecacatan kita menjadikan kita gundah gulana.Tegurlah jamaah kita dgn hikmah, bukannya mengguris hati jamaah kita dgn tindakan kita yg hanya mengikut emosi.Jari anugerah ALLAH kita titipkan tinta yg menyuburkan persaudaraan bukannya menjadi tinta dendam kesumat kita, berlapang dadalah kita, jamaah kita akan lemah kerana tindak tanduk kita sendiri, musuh memang menunggu peluang memecahkan perpaduan kita.Janganlah kita menjadi penyebab kepada perpecahan tetapi hendaklah kita menjadi penyebab kepada pengukuhan silaturahim di kalangan ummah.Lihatlah di luar sana, janganlah hanya memandang kelompok kita sahaja, adab berjamaah harus dijaga, jika tidak sependapat jangan dicerca kelainan pandangan mereka sebaliknya buktikanlah pandangan kita dengan hujah yg meyakinkan semuga mereka boleh menerima.Hendaklah kita menjadi penawar bukan menjadi punca penyakit, Jika yg dirasakan berpenyakit, janganlah dipaksa mereka memakan ubat ramuan kita tetapi berilah mereka peluang berfikir, menimbang ramuan kita. Jika kita benar2 ikhlas ingin melihat yg berpenyakit itu bisa sembuh, nescaya akn diberi jln oleh ALLAHmenyembuhkan mereka yg berpenyakit itu.Diharap YB dan semua yg membaca faham apa yg saya maksudkan, Perpecahan di Kalangan Jamaah PAS akan melemahkan PAS dan seterusnya dgn mudahnya musuh melumpuhkan kita bukan sebab kekuatan mereka tetapi hanya kerana kelemahan kita.Bermunajat dan bermuhasabahlah kita semua semuga kerumitan ini akan ada jln keluarnya.Wallahualam.

Sunday, October 25, 2009

USRAH MINGGUAN MTD TITI TINGGI

Hari : Setiap Hari Ahad

Masa : 7.30 malam - 9.00 malam

Tempat : Markaz MTD DUN Titi Tinggi, Kaki Bukit, Perlis.

Jadual Program

Minggu 1 : Ustaz Zolkarnain Abidin al-Hafiz
Minggu 2 : Penceramah jemputan
Minggu 3 : Ustaz Hj. Osman Abd. Rahman
Minggu 4 : Ustaz Hj. Osman Abd. Rahman
Minggu 5 : Penceramah jemputan

Semua ahli PAS dijemput hadir

Dengarlah wahai pimpinanku, pimpinlah kami dengan kesatuan fikrah dan tindakan


Cukup-cukuplah bersengketa…………..Dari tulisan Dr Aziz Bari ke tulisan Tok Guru dalam blognya. Politik PAS kembali panas."Mari kita adakan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM), mari kita tukar dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah. Mari kita ambil mandat baru. Mari kita bawa tajdid dalam PAS. "Mungkin ada yang melonjak gembira dengan cadangan ini, namun saya yakin ramai juga yang sedih, sesal dan kesal bagaimana tiba-tiba ia boleh dibangkitkan, mengapa sekarang ini?Mengapa tidak kita berusaha bersama-sama memperkuat dan meneguhkan parti dan jemaah? Mengapa tidak kita merapatkan saf memperakasa jentera kita agar beroperasi lebih lancar bagi menghadapi cabaran mendatang? Mengapa tidak seluruh kepimpinan berbaik sangka dan merebut peluang yang ada bagi memastikan PAS bakal muncul merealisasikan cita-cita perjuangannya dalam tempoh terdekat?PAS kini diberikan Allah swt kekuatan yang tidak pernah ia kecapi sebelum ini. PAS melalui gagasan Pakatan Rakyat menguasai Kelantan dan Kedah serta bersama mentadbir Selangor dan membantu Pulau Pinang. Wakilnya di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dirasakan kehadirannya begitu juga di dewan-dewan negeri Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan.Bersama kita menguruskan kemenangan ini dan bersama kita mengeksploitasinya supaya lebih memenangkan kita di masa depan. Semua pemimpin diberbagai peringkat telah menyumbang dan perlu menyumbang. Ahli-ahli dan para penyokong mengharapkan kita terus meraih kemenangan demi matlamat dan dasar pejuangan kita.Cukup-cukuplah bersengketa dan hanyut dari asal kita.Marilah kita ikhlas memacu perjuangan ini.Saya mendoakan agar Allah swt menyelamatkan PAS, menyelamatkan pemimpin-pemimpinnya dan merestui usaha dan pengorbanan kita. Kita sayang pemimpin-pemimpin kita, kita sayang perjuangan ini. Jangan kita dipersalahkan oleh jenerasi mendatang lantaran kecundang setelah dipinjamkan kemenangan.
Posted by roslan sms at 5:59:00 PM 10 comments

Thursday, October
*kami dididik di dalam setiap usrah cawangan dan negeri, PAS adalah jamaah Islam yang bergerak berpandukan syura, bukan bergantung kepada kehebatan pimpinan secara perseorangan. Setiap gerak kerja mestilah berpandukan arahan pimpinan negeri dan pusat, bukan berpandukan kepandaian individu pimpinan. Semua teguran dan kritikan serta pandangan perlulah beradab, jauh sekali berbentuk spekulasi dan andaian...... siapalah kami golongan marhaien, menumpang diri untuk berbakti meneruskan perjuangan para nabi. Wahai pimpinanku bimbinglah kami.......

Thursday, October 22, 2009

Bertanya Kepada Yang Tahu

Persoalan Mengundi/Memilih Orang Bukan Islam Menjadi ADUN atau Ahli Parlimen
Semenjak tertubuhnya Pakatan Rakyat (PR), ikatan kerjasama erat wujud dalam kalangan PKR, PAS dan DAP. Ini termasuklah pembahagian kawasan DUN atau parlimen untuk ditandingi oleh parti komponen PR berhadapan satu lawan satu dengan BN. Namun masih lagi timbul persoalan dalam kalangan orang melayu Islam khususnya penyokong PAS dan amnya PKR, apabila calon yang mewakili DUN @ Parlimen ditempat mereka adalah bukan Islam. Adakah boleh mereka memberi undi/menyokong calon tersebut?.
Sebagai jalan tengah, tulisan ini cuba mengemukakan pandangan dan ulasan bebas daripada Ustaz Nizam b. Abdul Kadir untuk merungkai persoalan tersebut. Hukum mengundi/menyokong calon bukan islam adalah HARUS jika memenuhi syarat-syarat berikut:
1.Calon tersebut bukanlah warga yang memusuhi Islam atau umat Islam secara terang-terangan.
2.Calon tersebut bertindak profesional dengan menjaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat yang lain.
3.Beliau tidak terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral pada sudut majoriti rakyat dan undang-undang negara.
4.Beliau seorang yang adil dan menentang kezaliman kepada rakyat dan masyarakat.
(Mohamad Nizam Abd. Kadir,2009. Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim, Kuala Lumpur:Telaga Biru.)
*Perlu diingat pemahaman orang bukan islam terhadap agama Islam dan adat budaya melayu umumnya amat terbatas. Malah pemahaman umat islam sendiri terhadap kandungan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-Quran adan al-Hadith juga secara umumnya tidak berada di tahap yang sepatutnya. Oleh itu, jika ada pandangan atau komen yang dikemukakan oleh YB bukan Islam dari PR terhadap islam yang agak menyimpang haruslah diberi penjelasan dan teguran dengan hikamah. Komen yang agak menyimpang itu tidak bermakna mereka menentang dan memusuhi islam dan umatnya, malah lebih baik daripada YB-UMNO beragama islam yang enggan menerima pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh dilaksanakan di Malaysia meliputi ekonomi, politik dan undang-undang.

Tuesday, October 20, 2009

Bertanya Kepada Yang Tahu

Kerjasama Politik (Tahalluf Siyasi)
Tahaluf siyasi atau terjemahannya dalam bahasa Melayu, merujuk kepada kerjasama yang diwujudkan oleh orang islam (parti politik islam) dengan orang bukan islam (parti politik bukan islam) dalam politik dan pemerintahan. Hukumnya adalah harus. Ini berpandukan kepada yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan beberapa peristiwa:
a. Rasulullah sendiri menerime perlindungan daraipada bapa saudaranya Abu Talib, walaupun beliau tidak belum beriman.
b. Rasulullah pernah dengan segolongan orang Quraysh dan golongan Ansar di rumah Anas bin Malik,
c. Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah menggunakan khidmat orang bukan islam sebagai penunjuk arah.
Mengambilkira suasana politik dan masyarakat di Malaysia, berbilang bangsa, budaya dan agama sebagai sebuah masyarakat majmuk, sudah tentu pembentukan sesebuah kerajaan tidak boleh berpaksikan kepada satu bangsa sahaja. Kerjasama yang erat diantara parti-parti politik dari pelbagai fahaman, bangsa dan ideologi adalah perlu dan penting kearah mencapai matlamat yang sama dan untuk kebaikan sejagat seperti keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan, mewujudkan masyarakat yang saling bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain serta mewujudkan sebuah kerajaan yang telus dan amanah.
Keharusan kerjasama politik dengan bukan islam mestilah sentiasa mengambilkira beberapa prinsip penting, iaitu;
a. Kerjasama atas perkara yang diharuskan. Ia meliputi mewujudkan keamanan, kemakmuran ekonomi, kestabilan politik dan sebagainya.
b. Kerjasama tidak membahaya atau memudaratkan islam, dan jika sebaliknya adalah haram.
c. Kerjasama tidak menggambarkan umat islam redha dengan kekufuran.
d. Kerjasama tidak menghalang umat islam atau agama islam dilaksnakan khususnya dalam kalangan orang islam seperti mengimarahkan masjid, mengharamkan orang islam berjudi dan minum arak dan lain-lain.
Sesungguhnya islam adalah agama yang releven sepanjang zaman dan masa. Islam amat menghormati orang bukan islam yang memilih hidup dalam kedamaian serta bertolak ansur. Oleh itu islam mengajar penganutnya supaya menghormati kepercayaan agama, cara hidup atau persoalan makan minum orang-orang bukan islam walaupun diharamkan dalam kalangan umat islam seperti minum arak dan memakan daging babi.
[Suntingan bebas daripada buku tulisan Mohammad Nizam Abd. Kadir, Fiqah Berinteraksi Dengan Non Muslim, Telaga Biru:Kuala Lumpur, hal.148-150]

Wednesday, October 14, 2009

Cetusan Hati Pengarah MTD

“KEDAH SEJAHTERA MANFAAT UNTUK SEMUA”
CADANGAN KEARAH MEMANTAPKAN JENTERA PENERANGAN DAN KETELUSAN MAKLUMAT

Alhamdulillah, kerajaan PR di Kedah telah berjalan dengan baik selama lebih satu tahun 7 bulan. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa diharungi oleh pimpinan PR khususnya oleh YAB Dato’ Seri Azizan Abd Razak. Banyak kerja-kerja pembetulan dan pemulihan dalam pelbagai sector penguruan di berbagai peringkat telah dilaksanakan. Hasilnya telah mula kelihatan sedikit demi sedikit. Semua pimpinan PR menyedari serangan dan mainan arus perdana dan gerak kerja UMNO-BN secara berterusan berkaitan pelbagai isu untuk menguji, meroboh ikatan dan kekuatan pimpinan PR dan seterusnya sama ada cuba mengambil alih kuasa atau sebagai strategi jangka panjang untuk meraih kembali sokongan rakyat. Saya melihat antara isu-isu utama di negeri Kedah yang sering dibangkitkan berlegar sekitar masalah kutipan sampah, longakang tersumbat dan tidak diselenggara, banjir, jalan tidak diselenggara, berlubang atau tidak diturap serta bantuan kepada rakyat miskin.

Oleh itu sudah sampai masanya, pada pandangan saya, kerajaan negeri menggerakkan jentera penerangan dengan mengeluarkan Warta Darulaman (Edisi khas) dengan mengemukakan KPI kerajaan PR sepanjang tempoh 1 tahun 6 bulan berkaitan pencapaian kerajaan negeri dalam usaha mencapai motto manifesto “Kedah sejahtera manfaat untuk semua” dalam pelbagai bidang. Kaedah penerangan adalah MENERANG bukan MENYERANG. Saya mencadangkan beberapa perkara perlu diperjelaskan kepada semua rakyat negeri Kedah sebagai membuktikan ketelusan kerajaan PR yang telah memberi amanah kepada PR.

1.MBAS
a.mengemukakan sumber pendapatan sebelum mac 08 dan selepas 1 tahun 7 bulan dibawah PR
b.cara perbelanjaan sebelum dan selepas mac 08
c.Isu-isu berbangkit selepas Alor Setar diisytihar Bandaraya, antaranya isu penswastaan sampah cara penyelesaian sebelum mac dan selepas mac 08
2.Perancangan dan pelaksanaan program kerajaan negeri kea rah memenuhi manifesto “Kedah sejahtera manfaat untukk semua” dengan mengemukakan:
a.Nama program dan tunjukkan bagaimana boleh mendatangkan kesejahteraan dan manfaat untuk rakyat
b.Pendapatan kerajaan negeri sebelum mac 08 dan selepas mac 08 dan bagaimana dibelanjakan (penyelewengan jika ada tidak perlu didedahkan dan biarkan rakyat membuat penilaian)

Secara jujurnya saya merasakan pendedahan maklumat secara tersusun dan terancang belum mencapai tahap yang terbaik terutamanya diperingkat akar umbi di kampong dan desa. Jika kita hanya membiarkan media arus perdana dalam pelbagai bahasa memonopoli isu berbangkit dan pihak kerajaan hanya memberi penjelasan secara ad-hoc, maka akan menjejaskan sokongan rakyat umum pada pilihanraya ke 13 nanti. Saya percaya jentera penerangan kerajaan PR Kedah mempunyai tenaga dan kepakaran untuk menjayakan usaha tersebut. Perlu diingat, cetakan dan sebaran edisi khas sebegini perlulah secara meluas dan jumlah cetakan berskala besar atau sekurang-kurangnya 1 juta naskah. Saya mengharapkan cadangan seadanya ini akan dapat membantu mengukuhkan kerajaan PR di Kedah dan negeri-negeri PR yang lain.

Tuesday, October 13, 2009

Ketua Penerangan MTD Titi Tinggi 2009/2012


En. Suhairi b. Samsudin, ketua penerangan MTD Titi Tinggi (tengah dan berbaju melayu) bergambar bersama pengarah MTD dan ajk semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri MTD pada 11 Oktober 2009 yang lalu.

Monday, October 12, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri MTD Titi Tinggi 09


Orang ramai sedang menikmati jamuan yang disediakan, antaranya nasi arab,ketupat, kuih muih dan buah-buahan.

Sunday, October 11, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri MTD Titi Tinggi 09


Pengarah MTD menyambut kedatangan tetamu Tionghua.

Program ini mendapat sambutan baik masyarakat setempat sama ada muda atau tua tanpa mengira fahaman politik.

suasana jamuan Aidilfitri MTD Titi Tinggi 2009

Monday, October 5, 2009

Jamuan dan ramah mesra selepas solat


Para jemaah bersama-sama menikmati jamuan Aidilfitri yang disediakan oleh pihak MTD disamping beramah mesra diantara satu sama lain

Para Jemaah Khusyuk Mengikuti Khutbah


Khutbah Aidilfitri disampaikan oleh pengarah MTD, saudara Mohamad Razi Mustaffa

Suasana Di Bahagian Muslimat


Para muslimat turut serta menunaikan solat sunat Aidilfitri di markaz MTD

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009


Suasana orang ramai yang hadir menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri di Markaz MTD

Program Jejak Fakir 2


lagi gambar sekitar penyampaian sumbangan berbuka puasa oleh pengarah MTD bersama ajk

Program Jejak Fakir 1


Pengarah MTD Titi Tinggi, Mohamad Razi Mustaffa sedang mengagihkan juadah berbuka puasa kepada salah seorang penerima yang dikenalpasti pada 26 Ramadhan 1430 yang lalu.

Ketua Muslimat MTD Titi Tinggi 2009/2010


Nama: Pn Hamidah bt. Hasan


Jawatan: Ketua muslimat PAS, MTD Titi Tinggi


Aktiviti Muslimat:


a. Usrah mingguan peringkat cawangan dan MTD


b. Majlis bacaan Yasin bulanan di setiap cawangan


c. Tenaga penggerak PASTI An-Nur, Lubuk Sireh


d. Nurseri An Nur


e. Program ziarah jejak fakir di sekitar DUN Titi Tinggi


f. Program Ramah mesra "PAS For All" bersama komuniti cina/india sekitar Titi Tinggi (dalam perancangan)



Sunday, September 27, 2009

Bersama Pengarah MTD Titi Tinggi

1. Perancangan MTD

a. Mengenengahkan peranan Pas di bidang pendidikan dengan memperkasakan sistem pendidikan Islam melalui PASTI; sebuah PASTI sedia ada di jalan masuk Felcra Lubuk Sireh dan sebuah lagi akan dibuka di Kg. Titi Tinggi
b. Memperbanyakkan program kebajikan seperti mengenalpasti golongan fakir miskin dan oku; bantuan keperluan harian akan disalurkan setiap bulan termasuk bantuan memperbaiki tempat tinggal
c. Mewujudkan pusat pembelajaran al-Quran dan tahfiz bertempat di Markaz MTD Titi Tinggi
d. Menarik minat golongan belia kearah penghayatan Islam melalui program sukan, majlis ramah mesra

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pengarah MTD Titi Tinggi dan seluruh ahli jawatankuasa mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya di DUN Titi Tinggi. Semoga kejayaan mengharungi bulan Ramadhan yang penuh berkat akan mengukhkan keimana kepada Allah dan meningkatkan kecintaan terhadap Islam.

Monday, September 7, 2009

Sunday, September 6, 2009

Agihan Bubur Lambuk Percuma


Bermula dari 3 - 27 Ramadhan, MTD Titi Tinggi menyediakan bubur lambuk percuma untuk semua lapisan masyarakat setempat. Orang ramai boleh mendapatnya setiap petang bermula jam 2.00 petang. Aktiviti ini sebagai sebahagian aktiviti untuk mendekatkan masyarakat setempat terhadap PAS.

Saturday, August 29, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008


Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 telah di adakan di Markaz MTD Dun Titi Tinggi. Majlis bermula dengan Solat Hari Raya, sumbangan duit raya kepada kanak-kanak dan jamuan yang disediakan secara gotong royong oleh ahli-ahli PAS.

masih ada kediaman sebegini setelah 50 tahun merdeka

Program Jejak Fakir MTD Titi Tinggi


Friday, August 28, 2009

Lajnah Kebajikan MTD Titi Tinggi


MTD DUN Titi Tinggi melalui Lajnah Kebajikan, menggerakkan usaha mengenalpasti keluarga kurang berkemampuan dan seterusnya memberikan bantuan untuk meringankan bebanan yang mereka tanggung. Beberapa bentuk bantuan disalurkan sama ada barangan keperluan harian, bantuan persekolahan dan bantuan pembaikan rumah serta membina rumah yang lebih selesa. Ini sebagai memenuhi tanggungjawab dakwah dan kemasyarakatan seperti yang digariskan oleh PAS. Semoga dengan inisiatif sebegini akan dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan.

Gambar sekitar majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim


SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM

MTD Titi Tinggi telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di enam buah buah kampong sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi. Majlis serahan sumbangan diadakan pada hari Ahad 2 Ramadhan 1430H. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En. Mohamad Razi b. Mustaffa bersama ahli-ahli jawatankuasa DUN dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Negeri Perlis.

Saturday, August 22, 2009

PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN 1430H/2009

Program yang diatur oleh pihak MTD DUN Titi Tinggi sepanjang bulan Ramadhan
1. Solat tarawikh/tazkirah di Markaz MTD DUN Titi Tinggi, Kg. Aman, Jalan Kaki Bukit
2. Bubur lambuk percuma mulai hari Selasa (hari puasa yang keempat) dari jam 5.30 - 6.30 petang. Semua muslimin dan muslimat dijemput mendapatkannya di Markaz MTD Dun Titi Tinggi
3. Sumbangan berbentuk barang keperluan harian kepada fakir miskin sekitar DUN Titi Tinggi

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Seluruh ahli jawatankuasa MTD Titi Tinggi mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat di DUN Titi Tinggi khususnya dan Negeri Perlis amnya. Semoga Allah mengurniakan limpah rahmatnya kepada kita semua sepanjang menjali ibadah puasa.