Tuesday, October 20, 2009

Bertanya Kepada Yang Tahu

Kerjasama Politik (Tahalluf Siyasi)
Tahaluf siyasi atau terjemahannya dalam bahasa Melayu, merujuk kepada kerjasama yang diwujudkan oleh orang islam (parti politik islam) dengan orang bukan islam (parti politik bukan islam) dalam politik dan pemerintahan. Hukumnya adalah harus. Ini berpandukan kepada yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan beberapa peristiwa:
a. Rasulullah sendiri menerime perlindungan daraipada bapa saudaranya Abu Talib, walaupun beliau tidak belum beriman.
b. Rasulullah pernah dengan segolongan orang Quraysh dan golongan Ansar di rumah Anas bin Malik,
c. Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah menggunakan khidmat orang bukan islam sebagai penunjuk arah.
Mengambilkira suasana politik dan masyarakat di Malaysia, berbilang bangsa, budaya dan agama sebagai sebuah masyarakat majmuk, sudah tentu pembentukan sesebuah kerajaan tidak boleh berpaksikan kepada satu bangsa sahaja. Kerjasama yang erat diantara parti-parti politik dari pelbagai fahaman, bangsa dan ideologi adalah perlu dan penting kearah mencapai matlamat yang sama dan untuk kebaikan sejagat seperti keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan, mewujudkan masyarakat yang saling bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain serta mewujudkan sebuah kerajaan yang telus dan amanah.
Keharusan kerjasama politik dengan bukan islam mestilah sentiasa mengambilkira beberapa prinsip penting, iaitu;
a. Kerjasama atas perkara yang diharuskan. Ia meliputi mewujudkan keamanan, kemakmuran ekonomi, kestabilan politik dan sebagainya.
b. Kerjasama tidak membahaya atau memudaratkan islam, dan jika sebaliknya adalah haram.
c. Kerjasama tidak menggambarkan umat islam redha dengan kekufuran.
d. Kerjasama tidak menghalang umat islam atau agama islam dilaksnakan khususnya dalam kalangan orang islam seperti mengimarahkan masjid, mengharamkan orang islam berjudi dan minum arak dan lain-lain.
Sesungguhnya islam adalah agama yang releven sepanjang zaman dan masa. Islam amat menghormati orang bukan islam yang memilih hidup dalam kedamaian serta bertolak ansur. Oleh itu islam mengajar penganutnya supaya menghormati kepercayaan agama, cara hidup atau persoalan makan minum orang-orang bukan islam walaupun diharamkan dalam kalangan umat islam seperti minum arak dan memakan daging babi.
[Suntingan bebas daripada buku tulisan Mohammad Nizam Abd. Kadir, Fiqah Berinteraksi Dengan Non Muslim, Telaga Biru:Kuala Lumpur, hal.148-150]

No comments:

Post a Comment