Wednesday, October 14, 2009

Cetusan Hati Pengarah MTD

“KEDAH SEJAHTERA MANFAAT UNTUK SEMUA”
CADANGAN KEARAH MEMANTAPKAN JENTERA PENERANGAN DAN KETELUSAN MAKLUMAT

Alhamdulillah, kerajaan PR di Kedah telah berjalan dengan baik selama lebih satu tahun 7 bulan. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa diharungi oleh pimpinan PR khususnya oleh YAB Dato’ Seri Azizan Abd Razak. Banyak kerja-kerja pembetulan dan pemulihan dalam pelbagai sector penguruan di berbagai peringkat telah dilaksanakan. Hasilnya telah mula kelihatan sedikit demi sedikit. Semua pimpinan PR menyedari serangan dan mainan arus perdana dan gerak kerja UMNO-BN secara berterusan berkaitan pelbagai isu untuk menguji, meroboh ikatan dan kekuatan pimpinan PR dan seterusnya sama ada cuba mengambil alih kuasa atau sebagai strategi jangka panjang untuk meraih kembali sokongan rakyat. Saya melihat antara isu-isu utama di negeri Kedah yang sering dibangkitkan berlegar sekitar masalah kutipan sampah, longakang tersumbat dan tidak diselenggara, banjir, jalan tidak diselenggara, berlubang atau tidak diturap serta bantuan kepada rakyat miskin.

Oleh itu sudah sampai masanya, pada pandangan saya, kerajaan negeri menggerakkan jentera penerangan dengan mengeluarkan Warta Darulaman (Edisi khas) dengan mengemukakan KPI kerajaan PR sepanjang tempoh 1 tahun 6 bulan berkaitan pencapaian kerajaan negeri dalam usaha mencapai motto manifesto “Kedah sejahtera manfaat untuk semua” dalam pelbagai bidang. Kaedah penerangan adalah MENERANG bukan MENYERANG. Saya mencadangkan beberapa perkara perlu diperjelaskan kepada semua rakyat negeri Kedah sebagai membuktikan ketelusan kerajaan PR yang telah memberi amanah kepada PR.

1.MBAS
a.mengemukakan sumber pendapatan sebelum mac 08 dan selepas 1 tahun 7 bulan dibawah PR
b.cara perbelanjaan sebelum dan selepas mac 08
c.Isu-isu berbangkit selepas Alor Setar diisytihar Bandaraya, antaranya isu penswastaan sampah cara penyelesaian sebelum mac dan selepas mac 08
2.Perancangan dan pelaksanaan program kerajaan negeri kea rah memenuhi manifesto “Kedah sejahtera manfaat untukk semua” dengan mengemukakan:
a.Nama program dan tunjukkan bagaimana boleh mendatangkan kesejahteraan dan manfaat untuk rakyat
b.Pendapatan kerajaan negeri sebelum mac 08 dan selepas mac 08 dan bagaimana dibelanjakan (penyelewengan jika ada tidak perlu didedahkan dan biarkan rakyat membuat penilaian)

Secara jujurnya saya merasakan pendedahan maklumat secara tersusun dan terancang belum mencapai tahap yang terbaik terutamanya diperingkat akar umbi di kampong dan desa. Jika kita hanya membiarkan media arus perdana dalam pelbagai bahasa memonopoli isu berbangkit dan pihak kerajaan hanya memberi penjelasan secara ad-hoc, maka akan menjejaskan sokongan rakyat umum pada pilihanraya ke 13 nanti. Saya percaya jentera penerangan kerajaan PR Kedah mempunyai tenaga dan kepakaran untuk menjayakan usaha tersebut. Perlu diingat, cetakan dan sebaran edisi khas sebegini perlulah secara meluas dan jumlah cetakan berskala besar atau sekurang-kurangnya 1 juta naskah. Saya mengharapkan cadangan seadanya ini akan dapat membantu mengukuhkan kerajaan PR di Kedah dan negeri-negeri PR yang lain.

No comments:

Post a Comment